Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai orang bertanya kepada saya tentang apa seronoknya mengajar di sekolah cina? Pada saya, sekolah cina dan sekolah biasa sama sahaja. Bagi sesetengah orang sekolah cina lebih seronok berbanding di sekolah biasa. Kenapa?.. akan saya rungkaikan di sini mengikut pengalaman saya. :)
Saya merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala Kangsar, Perak. Sekolah ini merupakan sekolah yang ke-3 saya mengajar selepas SJK(C) Bagan Pasir Laut dan SJK(C) Tsung Wah.
Pertama kali mengajar di sekolah cina apabila pertama kali 'posting' membuatkan saya terpinga-pinga sebentar kerana bahasa yang dituturkan oleh muridnya. Oh... begini rupanya mengajar di sekolah cina. Seperti ayam bercakap dengan itik. Hahahaha... Tapi, saya seronok di sini kerana saya belajar pelbagai budaya baru, cara baru, bahasa baru, kawan baru, tempat baru. Pendek kata semuanya barulah bagi saya. :)
Lama-kelamaan saya serasi berada di SJK(C) Bagan Pasir Laut ini. Setiap hari membawa bekal ke sekolah. Guru-guru pula semuanya mempunyai hubungan yang rapat walaupun saya satu-satunya guru melayu di sekolah itu.
Sepanjang 4 tahun di sini, saya menimba pelbagai pengalaman menarik, antaranya mengajar murid-murid tarian joget, puisi, sajak, bersyair dan tarian endang untuk murid-murid pra sekolah. Yang paling seronok adalah tidak perlu berada lama di sekolah kerana kita tidak faham bahasa yang mereka tuturkan. Kalau masa mesyuarat pun kita akan balik cepat juga. Mesyuarat PIBG lagi syok, datang tulis nama pastu duduk sekejap dah boleh balik. Janji tunjuk muka.
Aktiviti yang dijalankan sangat simple sahaja. Sekolah ini merupakan sekolah kurang murid jadi... murid memang tak ramai dan pengajaran jadi menyeronokkan. Murid dapat perhatian lebih daripada guru dan guru dapat menanda buku dan menilai prestasi murid dengan lebih cepat.
Setelah berkahwin, saya berpindah pula ke SJK(C) Tsung Wah Kuala Kangsar. Suasana di sekolah ini juga sama seperti berada di sekolah lama. bezanya sekolah ini gred A iaitu sekolah murid ramai. Tanggungjawab makin besar tapi.. yang pentingnya saya tetap seronok. Tidak perlu menjadi guru kelas, tidak perlu menjadi ketua panitia, tidak perlu menjadi setiausaha sukan dan lain-lain jawatan yang penting. Kita hanya jadi watak sampingan sahaja. hehehehe... Itu yang seronok. Sesiapa yang suka jawatan besar memang tak boleh berada di sekolah cina, sebabnya semua jawatan besar, deme yang pegang.
Malangnya... saya hanya beresempatan berada di SJK(C) Tsung Wah, Kuala Kangsar ini selama setahun sahaja. Pada tahun berikutnya iaitu penghujung bulan satu tahun 2010 saya dipindahkan ke SK Talang.. :( Sedihnya saya rasa. Kenapa saya dipindahkan? mengikut kata guru besar, sekolah ini terlebih guru Bahasa Melayu. Oleh kerana saya yang paling baru di situ, mereka putuskan untuk pindahkan saya. Lagipun ini arahan daripada PPD.
Apabila mendaftar diri di SK Talang, saya jadi terpinga-pinga lagi... Ohhh... begini rasanya mengajar di sekolah kebangsaan... Ramai yang lebih sudu dari kuah. Ramai yang nak tunjuk kuasa. Ramai yang rasa diri mereka hebat. Tak kurang juga yang pandai tolak tugasan yang diberi. Hai... macam-macam perangai.
Yang pandai buat kerja pula, akan diberikan pelbagai tugasan. Sampai tak menang tangan membuatnya. Hmmm... macam tu la pulak.
Begitulah serba sedikit pengalaman saya berada di sekolah cina dan sekolah kebangsaan. Harap boleh la dijadikan iktibar dan panduan kepada sesiapa yang takut untuk masuk ke sekolah cina. Salah dan silap harap dimaafkan, cuma nak berkongsi dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi... cukuplah takat ni aja. :)
Sekian...
P/S: Kerenah guru-guru jangan ambil pusing. Siapkan kerja kita je.
Lega bila bc blog sis ni..mmg tengah plan nk tukar sek cina next year ..dh 18 thn mengajar SK..i really need new enviroment..
ReplyDelete